vitamin plus antibiotic :)

segmen exchange bloglist "Blogger Apakah?"



hi guys , Assalamualaikum :)

kali ni no more teka teki okay . hari ni , gua rasa macam nak join segmen abe hensem ni setelah bonda tersayang belanja gua makan aiskrim 20 sen tadi . okay , takda kene mengena . dari hari ke sehari gua nak join segmen ni sampai lah abe hensem ni tutup segmen ni . tetapi , berkat ayat ayat cinta gua , beliau bukak balik segmen ni . thank you abe :)

okay , the segmen begins like this :-

1 ) buat entry dengan menggunakan tajuk ini 'Segmen Exchange Bloglist "Blogger Apakah?"
2 ) follow blog abe hensem ni kalau tak , kaki hang kena cagu nanti . *gurau*
3 ) hang kena jadi member Group Apakah?
4 ) hang kena masukkan blog abe hensem ni dalam bloglist hangpa selama sebulan . lagi lama lagi bagus .bagi yang takda bloglist macam gua , takpa , bole join jugakkk .
5 ) tepekkan banner kat bawah ni kat entry hang pastu link-kan sekali okey lalink :)
6 ) last sekali , hang postkan link entry segmen ni kat ruangan komen abe hensem .




lebih afdal :-

1 ) tag kengkawan hang tak kesah berapa ramai . the more the merrier .
2 ) like fanfage abe hensem ni . KLIK SINI.
3 ) keep in touch dengan geng Blogger Apakah?


okay , done ! any question , just serbu blog abe hensem okay :) so , gua rasa gua tak payah tag kot sebab segmen ni dah tutup dah punnn . hihiiii :p 

pak kassim pak lebai ,
babai :)


SHAIDAH SHARIN

sayang intan payung :)


Hi guys , Assalamualaikum .

Macam biasa , kita mulakan dengan teka teki dulu okay . hmm , ada seorang wanita yang sarat mengandam mengandung dan nak bersalin . lalu si suami pun membawa isterinya ke hospital . mereka melalui ladang kopi dan juga lombong bijih timah . lepas anak mereka selamat dilahirkan , mereka menamakan baby tu Fatimah . kenapa ? haa , pikir dulu jawapannya baru anda boleh proceed ke next paragraph :)


interprem kejap u'olls

#1

Bermata bundar , berkulit putih gebu , bibir merah delima , tutur kata yang sopan lagi santun , berkejaya , berpenampilan menarik serta manis berhijab . yaa , itulah Pn Kamariah binti Mohd Tap and yes , she’s my only mother . seperti sedia maklum , hari ibu dah lepas . tapi , gua tetap nak buat speech jugak untuk bonda tersayang . kenapa speech ? sebab gua malu nak face to face dengan bonda gua . without any further , the speech begins now :-




“mak , happy mother’s day . gua sayang lu sangat sangat . gua cinta lu punya masakan . gua 
suka lu punya bebelan . mak , wa nak mintak sorry ni . kawan gua bagi mak dia diploma sebagai present mother’s day . ada yang bagi mak dia interview biasiswa luar Negara . gua Cuma bagi ‘harap maaf , permohonan ke IPTA anda tidak berjaya’ . gua tau lu sedih . tapi chill laa mak , gua dah buat rayuan dah . insyaAllah , one fine day  gua akan jejakkan kaki kecik gua ni ke menara gading . mak tak payah meleleh segala bagai . jujur , gua pun frust menonggeng jugak . tapi bak kata buku peribahasa , rezeki takkan kemana . gua percaya pada rezeki dan gua percaya takdir . sorry lagi sekali ye mak . gua sayang lu sangat sangat . bak kata anak anak muda zaman sekarang , ‘sayew cayunk kamoo ketad ketad’ . sekian , assalamualaikum .”


dukacita dimaklumkan bahawa anda TIDAK BERJAYA . *saja je padam tidak berjaya tuu , sakit hati tengok perkataan tu*


Haa amacam , okay tak speech gua ni ? kalau dapat feedback yang baik , gua rasa gua nak print out speech ni pastu bagi bonda gua baca . alaaa jangan risau , nanti gua tukar laa panggilan ‘lu gua’ tuu . actually , sengaja jee gua guna ‘lu gua’ . rasa macam brutal sikit . sebab , kalau gua guna panggilan ‘mak adik’ confirm confirm air mata ni meluncur laju macam air terjun kat sagil tuu . okay , cerita hari ibu tamat :)




#2


Dah baca status facebook gua ? ramai yang PM tanya kenapa dengan gua . gua putus cinta ke ?  atau pakwe gua lari pergi meninggalkan diri ini keseorangan ke ? atau pakwe gua main kayu tiga empat lima kee ?hahaaa . sebenarnya , benda kecil jee . biasa laa , orang tengah kecil hati , mulalah nak meroyan kan . lagi satu yang perlu anda semua meng-take-note-kan ialah , gua dah lama menjanda -.- harap maklum . so , sekarang ni gua dalam proses mencari seseorang yang bole mengembangkan balik hati kecik gua ni . 
anyone ?

*************************************************************

Okay , sudah tiba masanya gua memberitahu anda semua jawapan kepada teka teki di atas . sudah bersedia ? jawapannya ialah --->  jeng jeng jeng jejejengggggg



NAMA ANAK MEREKA FATIMAH SEBAB ANAK MEREKA TUU PEREMPUAN :p TAKKAN NAK LETAK MOHD KOPI PULAK KAN :D




SHAIDAH SHARIN

lari-lari baling bola salji :)

Hi guys , Assalamualaikum :) 

kita mulakan entry kali ini dengan satu teka teki okay . hmm , lima pasang stokin di rendam di dalam laut merah . setiap pasang stokin itu berwarna hitam , biru , kuning , hijau dan putih . apakah akan terjadi kepada semua stokin tersebut ? kau dibenarkan merujuk cikgu chemistry untuk jawab soalan ni . *tutup cerita pasal stokin*


abaikan jee kerang kerang tuu . terima kasih :)


sebulan yang lepas , result SPM 2011 telah pun diumumkan . jujur , result aku tidaklah membanggakan mak abah aku . tapi , aku bersyukur sebab itu usaha aku . at least , aku tak gagal . yang membuatkan aku frust menonggeng ialah aku tak layak untuk ambil course medic even subject biology aku dapat B . aku redha . oh ya , aku dapat 4A actually . alhamdulilah :) baru-baru ni pula , aku gagal dapat interview diploma TESL kat uitm even BI aku dapat A . tension ? oh jangan ditanya soalan bodoh tu . jikalau tension itu seorang manusia , dah lama aku rogol beliau .




okay , tutup cerita pasal akademik . dua minggu lepas adalah anniversary mak abah yang ke-28 . lama bukan mereka hidup bersama ? Ya Allah , rahmatilah hubungan mak abah . semoga mak kekal menjadi bidadari abah di dunia mahupun di syurga kelak . amin :) nampak gambar mereka berdua tu ? ya , mereka sangat sweet . silakan jealous :p




nur rania amanda . comel kan nama tu ? ya , itulah nama anak cousin aku . and yes , she calls me aunty ikaa :) cute kan beliau ? rania tinggal dengan aku hampir dua minggu . then , bila nenek dia angkut dia balik , rasa sunyi jee rumah . nanges ? oh , tak perlu tanya . paham paham jelaa . so kawan kawan , jika korang ada baby lebih , please sedekah kat aku . okay , aku gurau jee . to baby rania , aunty miss you like hell babehhh :)




berbalik kepada soalan stokin kaler kaler tu , kau dah ada jawapannya ? okay , sudah . tak payah berpikir umpama menjawab soalan chemistry . secara logiknya , stokin bila kena rendam , jadi BASAH laaa . sekian , terima kasih :) 



SHAIDAH SHARIN

you are the SEE to my SAW :)

assalamualaikum , selamat sejahtera . sejuk kan hari ini . hujan lebat dari pagi sampai petang . siap package guruh dentum dentum lagi . kilat sabung menyabung sampai bumbung rumah  pakcik sebelah tercabut . okay , aku tipu jee tu . hm , sebagai warm up apa kata kau jawab teka teki ni dulu . dua belas (12) bahagi dua (2) jawapannya ialah tujuh (7) . haaa , acane jawapan dia boleh dapat cenggitu . jawab jangan tak jawab okay . you may use calculator saintifik :D




okay , tutup cerita pasal teka teki tuu . pada tanggal 18 february lepas , maka genaplah 18 tahun umur aku . so , aku dah boleh tengok movie yang 18SX . dah boleh merokok . dah boleh pegi ujibakat ustazah pilihan . okay , aku gurau gurau jee . peace . hmm , actually nothing special on that day . jangan tanya kenapa . nanti airmata aku jatuh . tapi , a big thanks to my brothers (totoy and bukharie) for the red velvet cupcakes . ailebiuuu :) 


haa , pernah dengar lagu ni . berdua bersatu by forten . ni yang best nak cerita nih . semalam aku jumpa izue islam . omaigodd , sumpah hensem mamat ni . speechless kejap . balik rumah terus tak boleh tido . asyik senyum senyum jee . maaf , tergedik kejap . tapi , betul tau . aku tak tipu . beliau sangat hensem . jangan jeles :p

hari ni 12hb 3 . maknanya lagi 10 hari jee result SPM nak keluar . kawan kawan , please do pray for me okay . aku takut sangat ni . tengok , sampai muka pun dah makin gelap . okay , aku gurau lagi . hm , agak agak , aku dapat berapa A ek ? agak agak addmath aku lulus tak ? agak agak aku boleh jadi doktor tak ? agak agak mak abah bangga tak dengan result aku nanti ? 

Ya Allah , berkatilah usaha aku selama ni . Kau kurniakanlah aku  keputusan SPM yang cemerlang , Ya Allah . semoga ibu bapaku berbangga dengan keputusanku , Ya Allah . janganlah Kau hampakan hati aku serta ibu bapaku , Ya Allah . Amin .



okay , nak tahu jawapan teka teki tuu tak ? jawapannya ialah , aku pun tak tahu . aku main tibai jee . jangan marah okay . PEACE :)




SHAIDAH SHARIN

copyright SHAIDAH SHARIN all rights reserved